Sparks Fly...
Apakah Maksud Orang yg Bakhil ?
Saturday, February 11, 2012 • 5:14 AM • 0 comments

Pada suatu hari, ketika Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi dipasang telah malap.

Nabi Muhammad masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh.

“Wahai Muhammad, alangkah bercahayanya wajahmu,” kata Aisyah.

Kemudian, dia menyambung, “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”

Nabi Muhammad menjawab, “Orang yang bakhil.”

Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil?”

“Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad.

♥ Allahumma solli 'ala saiyyidina Muhammad ♥

Bahawasanya atas nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang & disaksikan

bahawa Nabi Muhammad S.A.W. itu utusan dari Allah .

Hanya kepada Allah sahaja tempat berlindung Nabi Muhammad S.A.W. itu pembawa Rahmat ke Sekalian alam .

Selawat sentiasa ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. semoga setiap umatnya mendapat syafaat di akhirat kelak .


Disclaimer
No harsh word please !


Hello,my name is Ahla Nurul .Welcome to my blog !



Tagboard
Shout out loud !




Time Machine
let's get back...




Credit Card
Big clap for them...

Skin by :
Najmi Supian
Picture take from : We Heart It
Linkies code : WANA
Big Helped : Them